Tuesday, October 21, 2008

BAHASA LENSOR XPDC FRASER HILL

Ni yang jadi masalah ni... pantang ada orang bawak motor besar, mulalah nak bergambar. Kelihatan dalam gambar, Alakari sedang bertenggek di tepi motor Ustaz Aris untuk merakamkan gambarnya.... Oppss silap maklumat ni rasanya....

Abe Jak bagi taklimat...

Seperti biasa... kami jadi tukang dengar... sami'na wa ato'na

Setelah selesai berdoa, kami berbaris di sisi motor masing2 untuk bergambar sebelum memulakan perjalanan.... Ya

Apa yang tak kena Abe Jak dgn Ust Aris tu... Kari releks je. Maklum la, kampong dia. Ketika ini kami berhenti di Desa Damai untuk bersarapan.
Kami sampai sini lebih kurang jam 10.20 pagi. Masa tu time orang dari atas turun melalui jalan ini. Kami kena tunggu hingga pukul 11 baru boleh naik. Jalan satu saja. Sempit. Yang itu guna untuk naik, yang itu juga guna untuk turun. Makanya kena bergilir lah.

Kenderaan bersusun, nunggu giliran nak naik ke atas...

Dah tak sabar sangat dah gayanya menanti jam 11 pagi untuk mendaki ke puncak Fraser Hill. Motor2 kami berbaris mendahului kenderaan lain. Sebaik sahaja jaga kata "OK boleh jalan," apa lagi brooommmm....

Kebanyakan rumah di Bukit Fraser ni bentuknya ala-penjajah... sebab khabarnya, bukit ni ditemui oleh seorang warga British yang cuba ambil kesempatan di atas kewujudan bijih timah.

Inilah warung yang menyaksikan Abe Jak mengoder goreng keledek seringgit, lepas seringgit, seringgit... ada udang sebaling keledek & keropok lekor.... Hanya ahli konvoi yang tahu rahsianya.... he he he...

Bergambar sebelum turun dari Bukit Fraser. Insya Allah tahun depan kita kerabat lagi ke sini.

"Ada gaya tak, menantu dengan mertua..."

Masjid Kuala Kubu Baru, Dato' Idris dan pemuda-pemuda Umno Hulu Selangor menjadi saksi sekumpulan pemuda motor dari Pahang singgah di masjid tu untuk solat Zohor + Asar (jamak) dan seterusnya buat mini tazkirah

Gohtong Jaya... Apa yang serius benor tu Zahar ngan Ustaz Aris... Masa ni kami sedang berehat dan 'ngete' di sebuah restoren mamak sebelah Hotel Seri Malaysia Gohtong Jaya dalam perjalanan pulang

Di Plaza Tol Bentong... Masing2 sedih nak berpisah. Lidah kelu. Tak tau nak kata apa..... Ala korang ni, macam la nak berpisah setahun. Esok kan kita nak gi sekolah. Jumpa balik. Apa barang la korang ni.... khi khi khi...

No comments: